Catatan

PENGHARGAAN

  Penghargaan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.               Syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya memungkinkan kami menyiapkan tugasan dua dalam matapelajaran Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (EDUP3093)                Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Rosli bin Khalid atas curahan ilmu yang bermanfaat sepanjang sesi pengajaran berlangsung.  Melalui penghasilan produk ini kami dapat menambah kefahaman, menganalisis, mengaplikasi serta menghurai pemahaman yang telah dipelajari dengan baik.                 Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik .              Mudah-mudahan Allah memberkati dan memudahkan urusan puan/ tuan dalam menanda hasil kerja kami, Amin Ya Allah. Sekian, terima ka

BIODATA SISWAGURU

Imej
  Biodata Siswa Guru Bioadata siswa guru ini dipamerkan bagi tujuan memudahkan pembaca untuk menilai dan mengenal identiti penulis blog. Blog ini disediakan oleh tiga orang siswa guru yang terdiri daripada:  Nama: Wardina Syabila binti Saat Kelas: PS1T1-4 No Matrik: P211721906 Angka Giliran: 2021172310106 Nama: Nurhuda Athirah binti Shamsulhisam Kelas: PS1T1-4 No Matrik: P21171914                                     Angka Giliran: 2021172310599 Nama: Nur Shafiqah Syuhada Binti Azmi Kelas: PS1T1-4 No Matrik:  P21176589   Angka Giliran: 2021172310597

OBJEKTIF BLOG

  Objektif Utama Blog Blog yang disediakan ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai terutamanya apabila pembaca mula menganalisis info- info yang disediakan di dalam blog ini. Antaranya ialah: Memperincikan hubungan antara perkembangan pendidikan di Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) secara kolaboratif. Menganalisis peranan guru dalam perkembangan pendidikan masa kini di Malaysia berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan merujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dari aspek aspirasi murid iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran dwibahasa. Bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Blog ini disediakan juga adalah bagi melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

ASPIRASI MURID

Imej
  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan terus mendukung hasrat  Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global pada masa hadapan  .  

PPPM 2013-2025

Imej
  PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA  2013-2025     Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara adalah bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kempentensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Umumnya, pendidikan merupakan asas pembinaan negara bangsa yang mengukuhkan lagi perpaduan. Kesan daripada pembangunan aktif dalam aspek pendidikan ini ia dapat meyumbang dalam peningkatan taraf hidup, membentuk masyarakat yang berjaya dan pembangunan negara.      Objektif dan kepentingan perlaksanaan PPPM ini adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang memahami prestasi dan cabaran semasa terhadap akses dalam pendidikan, merapatkan jurang pencapaian, mengukuhkan perpaduan serta mengoptimumkan kecekapan sistem pendidikan. Seterusnya, mahu mewujudkan visi dan aspirassi yang jelas dalam diri setiap murid. Berikutnya adalah untuk menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam kementerian bagi memenuhi permintaan dan tuntutan mas

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Imej
  TEORI-TEORI PEMBELAJARAN PENGERTIAN       Kognitif adalah semua aktiviti mental yang mampu menghubungkan, menilai, dan mempertimbangkan suatu peristiwa, sehingga individu tersebut memperoleh suatu pengetahuan.      Kognitif berkait rapat dengan kecerdasan seseorang. Contoh kognitif boleh dilihat ketika seseorang sedang belajar, menjana idea, dan menyelesaikan masalah. 1.0) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KOGNITIF 1.1) Kematangan Biologi: baka dan genetik. 1.2) Interaksi Individu dengan Persekitaran: berlaku apabila mereka memproses maklumat dari persekitaran. 1.3) Pengalaman Sosial: ia turut dipengaruhi oleh orang di sekeliling. 1.4) Keseimbangan: iaitu bagaimana individu mengadaptasi diri dengan situasi yang dialaminya. 2.0) KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEORI KOGNITIF  KELEBIHAN Merancang aktiviti PdPc yang menarik dan bermakna Merancang isi pelajaran dengan baik KEKURANGAN Tidak boleh diadaptasi dalam semua peringkat pendidikan Sukar digunakan dalam pendidikan tinggi 3.0)

FALSAFAH PENDIDIKAN

Imej
  Falsafah  : Satu ilmu atau pendekatan yang boleh digunakan secara menyeluruh dalam setiap bidang kehidupan manusia yang membawa manusia ke jalan kebenaran dalam menjalani kehidupan. Pendidikan  :  Usaha yang dirangka Malaysia secara berterusan untuk melahirkan rakyat yang mempunyai potensi diri secara menyeluruh sama ada dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Falsafah Pendidikan  : Panduan penting tentang sistem pendidikan yang menjadi asas terhadap hala tuju pendidikan negara melalui kajian dan penambahbaikan selaras perkembangan zaman. Antara Falsafah Pendidikan yang terdapat di Malaysia 〇〇〇〇〇〇〇        FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN      〇〇〇〇〇〇〇 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)  merupakan rangkuman sistem pendidikan yang digubal berdasarkan sistem pendidikan terdahulu iaitu bermula dengan Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 dan 1979, Rukun Negara, Prinsip Pendidikan, Matlamat Pendidikan dan Dasar Pendidika

RUJUKAN

RUJUKAN Senarai rujukan ini disediakan bertujuan untuk memudahkan pembaca blog untuk menilai maklumat-maklumat yang di ambil adalah daripada maklumat yang betul dan tepat.   Musa, N. binti. (2020, September 9). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah) . MOE.                                                                                      KPM - Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (moe.gov.my) -, S., By, -, & Suhaimin. (2018, January 17). 3 Gelombang PPPM 2013-2025 . Sistem Guru Online.        3 Gelombang Pendidikan PPPM 2013-2025 (sistemguruonline.my) biasa, G. guru. (1970, January 1). 11 anjakan Untuk Transformasi Sistem Pendidikan . SK KAMPONG BUKIT CHENDERING.  SK KAMPONG BUKIT CHENDERING: 11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN (tba3037.blogspot.com) Prosiding Persidangan Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan . MOE. (2022, September 9).  https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1821-l-a-pel