OBJEKTIF BLOG

 

Objektif Utama Blog

Blog yang disediakan ini mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai terutamanya apabila pembaca mula menganalisis info- info yang disediakan di dalam blog ini. Antaranya ialah:


  • Memperincikan hubungan antara perkembangan pendidikan di Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) secara kolaboratif.
  • Menganalisis peranan guru dalam perkembangan pendidikan masa kini di Malaysia berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan merujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dari aspek aspirasi murid iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran dwibahasa.
  • Bertujuan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 
  • Blog ini disediakan juga adalah bagi melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • Menerapkan 6 aspirasi murid bagi membetuk identiti diri murid-murid dari peringkat sekolah sehinggalah mereka meningkat dewasa dan bekerja serta membantu mereka cara berkomunikasi dan melibatkan diri mereka dengan dunia luar.
  • Untuk mengkaji beberapa inisiatif guru untuk melahirkan modal insan yang Seimbang berdasarkan hasrat FPK san FPG

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PPPM 2013-2025

ASPIRASI MURID

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF