ASPIRASI MURID

 

  • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Pelan ini juga merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi lain untuk membina perincian bagi kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global pada masa hadapan .
 

                 APA ITU ASPIRASI MURID?

                 - Kesinambungan daripada kewujudan Aspirasi Sistem Pendidikan

                 - Memastikan murid mempunyai kualiti yang diperlukan dalam diri mereka 

                 - Membentuk murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi
                   dan jasmani.
       

 

             

Terdapat 6 aspirasi murid yang perlu kita ketahui dan mendalami maksudnya secara terperinci :

1. PENGETAHUAN

Pada peringkat paling asas, setiap murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi sepenuhnya. Aspek ini melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup asas, serta berfungsi secara berkesan dalam masyarakat bagi membolehkan mereka memupuk nilai untuk diri sendiri, masyarakat, dan negara. Di samping itu, penting bagi murid menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah. Sebagai murid yang serba boleh, mereka juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan dalam bidang lain, seperti seni, muzik, dan sukan. Selain pengetahuan dalam bidang ini, murid juga perlu mempunyai kemahiran mengaplikasi pengetahuan ini dalam situasi harian.

2. KEMAHIRAN BERFIKIR

Menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mampu untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan, serta mewujudkan pengetahuan baru.



3. KEMAHIRAN MEMIMPIN

Kepimpinan boleh ditakrifkan dalam pelbagai aspek yang berbeza. Pertama, menurut Yaakob (1989) kepimpinan perlu melibatkan orang lain. Ia juga melibatkan kumpulan dan membantu dalam mewujudkan status pemimpin dan menjadikan proses kepimpinan dapat diwujudkan. Kepimpinan boleh didefinisikan dalam pendidikan sebagai keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat seperti guru, staf dan pelajar supaya melaksanakan aktiviti atau program yang telah ditetapkan bagai mencapai matlamat sekolah. (Yahya Don, 2005)

 
 


4. KEMAHIRAN DWIBAHASA

Setiap murid perlu mempunyai kemahiran dwibahasa dimana bertujuan bagi memudahkan mereka untuk mengenali dunia luar. Mereka juga perlu menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi atau bahasa pengantar antarabangsa. Kementerian pendidikan juga menggalakkan setiap individu mempelajari bahasa- bahasa lain yang terdapat di negara kita ini mahupun di negara luar kerana dunia ini kaya dengan berbilang budaya dan dapat memberikan daya saing kepada setiap individu.

            CONTOH UCAPAN SELAMAT PAGI DALAM PELBAGAI BAHASA


5. ETIKA DAN KEROHANIAN

 Etika bermaksud prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll) Kerohanian bermaksud Ar: Ruh, batin yang berkaitan dengan jiwa. Setiap kanak –kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka , dengan berani serta membuat keputusan yang tepat.

6. IDENTITI NASIONAL 

Pembinaan negara dan identiti nasional telah banyak diperkata. Dalam ruang akademik sudah banyak kajian dan literatur yang ada. Begitu juga dengan dasar negara. Silibus pendidikan sivik dan kewarganegaraan serta mata pelajaran sejarah adalah antara contoh yang dikenalpasti dalam dunia pendidikan yang bertujuan memupuk identiti nasional. Namun begitu, kita masih lagi mendepani cabaran-cabaran yang agak besar. Sebagai contoh, parti-parti politik banyak membawa isu identiti nasional ke persada awam dan disampaikan dengan cara yang tidak menyenangkan. 

Oleh sebab itu, murid-murid perlu menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara seperti perpaduan, keadilan, pendekatan yang liberal atau terbuka terhadap kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat, dan sikap progresif terhadap sains dan teknologi merupakan dimensi-dimensi penting dalam usaha menentukan identiti nasional.


                                          CONTOH IDENTITI NASIONAL MALAYSIA


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, jelaslah tanggungjawab KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya dari pelbagai segi. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan. Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara. Dengan menerapkan keenam-enam aspirasi ini murid-murid dapat meningkatkan nilai peribadi diri mereka untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan mereka dari masa ke masa mengikut peredaran semasa serta dapat memberikan kemajuan dia dalam negara ini.






INISIATIF GURU DALAM USAHA MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR DAN KEMAHIRAN DWIBAHASA


  • PEMIKIRAN KREATIF, KRITIS DAN INOVATIF

Dalam pembelajaran abad ke-21, kemahiran berfikir ecara kreatif, kritis dan inovatif adalah diperlukan bagi melahirkan masyarakat yang bersedia menempuh cabaran yang akan mendatang. Justeru, bagi memenuhi tuntutan ini, ia memerlukan satu strategi yang praktikal dan berkesan untuk mencapainya. Oleh itu, langkah ini perlulah dimulai dari kecil yang perlu dilaksanakan oleh para pendidik yang berhasrat untuk memaksimumkan kemampuan generasi akan datang. Berikut adalah inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh guru.

1. Tingkat Soalan Aras Tinggi
  • Guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk KBAT. Hal ini kerana, semakin banyak soalan aras tinggi diberikan, semakin luas tahap pemikiran seorang pelajar itu. Melalui kaedah ini, pelajar akan mahir menggunakan kaedah menganalisa konsep bagi menyelesaikan masalah tersebut.
2. Sering Bersoal Jawab
  • Teknik ini adalah teknik lama namun masih lagi digunapakai dan popular dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini diterapkan dengan melakukan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Dengan kaedah ini, pelajar akan memberi tindak balas yang sewajarnya bergantung kepada teknik menyoal gurunya. Ia juga merupakan teknik komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. 
3. Menggunakan Alat Berfikir
  • Berikut adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan keterampilan dalam berfikir: 
  1. peta minda
  2. pengurusan minda
  3. i-Think
  4. 6 Thinking Hats
  5. CoRT (cognitive Research Trust) 
4. Sediakan Persekitaran yang Kreatif
  • Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk menyediakan persekitaran yang kreatif misalnya memperbanyakkan aktiviti berkumpulan, mendedahkan pelajar dengan benda kreatif, memberi kebebasan menghasilkan karya, menunjukkan hasil kerja rakan mereka, menghormati idea kreatif murid, menyediakan bahan yang pelbagai, melakukan integrasi seni, dan menyediakan bahan yang pelbagai untuk memberikan keseronokan kepada pelajar.



  • KEMAHIRAN DWIBAHASA

     Malaysia adalah negara yang unik kerana mempunyai kepelbagaian dari segi budaya dan kaum. Hal ini menyebabkan kemahiran menguasai bahasa yang universal atau bahasa tambahan merupakan kemahiran yang perlu ada dalam setiap rakyat Malaysia. Kemahiran dwibahasa merupakan salah satu aspirasi yang perlu dicapai dalam perkembangan murid melalui pendidikan. Oleh itu, guru sebagai perancang, pembimbing dan pelaksana memainkan peranan penting agar murid dapat mencapai aspirasi tersebut seterusnya diterapkan sepanjang menjalani kehidupan. Penguasaan dalam kemahiran pelbagai bahasa ini juga penting untuk menghasilkan sebuah proses komunikasi yang berkesan terhadap kaum lain malah komunikasi pada peringkat global.

   Selain itu, salah satu matlamat kerajaan juga adalah agar rakyat Malaysia dapat menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa melibatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi, bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Perancis dan sebagainya. Oleh itu, guru sebagai pendidik berperanan penting untuk mencapai matlamat ini. Berikut antara inisiatif yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran;





Inisiatif guru untuk meningkatkan kemahiran dwibahasa murid.

1. Kemahiran Membaca
  • Pada peringkat awal dalam meningkatkan kemahiran dwibahasa murid ini, murid perlu sentiasa didedahkan dengan pengetahuan tentang kepelbagaian bahasa. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui kaedah pendengaran dan pembacaan. Apabila guru menggunakan bahasa yang berbeza dari semasa ke semasa, kaedah ini akan membantu meningkatkan kemahiran mendengar murid dalam memahami percakapan. Hal ini seterusnya akan mendorong murid untuk menambah pengetahuan mengenai bahasa melalui pembacaan sama ada bahan cerita, bahan ilmiah dan sebagainya.
  • Guru berperanan sebagai pembimbing agar murid dapat memahami isi yang dibaca seterusnya meningkatkan penambahan kosa kata baharu dari pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan lain-lain. Kaedah ini sekaligus dapat memupuk minat membaca dalam diri murid agar mereka dapat melaksanakan pembelajaran secara kendiri pada waktu lapang. 
2. Interaksi dan perbualan.
  • Interaksi adalah tindak balas yang berlaku antara seseorang dengan orang lain. Kaedah ini merupakan kaedah yang lebih berkesan dan efektif sebagai usaha meningkatkan kemahiran penguasaan dwibahasa murid. Hal ini demikian kerana, melalui interaksi guru dapat memberi tindak balas secara terus sekiranya terdapat kesilapan dalam tutur kata murid. Oleh itu, murid akan mudah untuk mengingati sebab musabab dari kesilapan mereka.
  • Kemahiran ini juga perlu dipraktikkan dengan perbualan sama ada secara formal atau rawak. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi dengan murid bukan Melayu dan begitu juga sebaliknya kepada murid berbangsa Melayu. Hal ini kerana murid bukan Melayu kurang mendapat pendedahan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dengan praktik ini mereka dapat berkomunikasi dalam pelbagai bahasa di mana sahaja.
3. Kemahiran Menulis.
  • Apabila murid sudah didedahkan dengan persekitaran yang menggunakan pelbagai bahasa melalui lisan, murid perlu mengaplikasikan ilmu tersebut dalam bentuk penulisan agar murid mudah mengingati dan tidak mudah lupa akan bahasa yang dipelajari. Kemahiran ini juga adalah perlu diberikan kepada murid agar mereka dapat mengenali dan menggunakan perkataan daripada bahasa yang dipelajari dengan tepat dan betul dari segi ejaan, sebutan, maksud dan konsep seseuatu ungkapan. Oleh itu, salah faham dapat dielakkan apabila berkomunikasi kerana murid memahami apa yang mereka luahkan melalui lisan ini.
  • Sebagai contoh, guru boleh memberi tugasan berbentuk penulisan dalam bahasa Inggeris dengan menetapkan tema-tema terntentu. Hal ini agar murid dapat meneroka dan mengenalpasti perumpamaan yang sesuai untuk dimasukkan dalam penulisan yang menepati tema serta memastikan penggunaan bahasa yang digunakan difahami oleh pembaca lain.
4. Aktiviti fizikal dan permainan.
  • Guru yang berkualiti adalah peka terhadap keadaan sekeliling. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sudah tentu terdapat pelajar yang mudah menerima pengajaran dan ada juga yang mengalami kesukaran dalam memahami isi pembelajaran sekiranya guru hanya menyampaikan pengajaran melalui percakapan. Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan lain yang melibatkan tindakan dan pergerakan untuk membantu pelajar yang menghadapi kesukaran.
  • Guru boleh menghasilkan permainan yang melibatkan setiap pelajar secara aktif. Kaedah ini amat sesuai digunakan untuk pendidikan di peringkat kanak-kanak. Fasa kanak-kanak merupakan fasa di mana mereka baru hendak belajar cara bercakap dan interaksi yang baik. Oleh itu, murid akan lebih memahami isi pembelajaran kerana mereka tidak berasa tertekan dan berasa seronok ketika menimba ilmu melalui aktiviti dan perbuatan.
5. Bekerja secara berkumpulan.
  • Guru sebagai pembimbing dan pelaksana dalam suatu proses pembelajaran. Dalam mendidik murid, guru perlu menerapkan nilai kesamarataan antara murid. Guru perlu menyampaikan isi pembelajaran dengan ikhlas kepada semua murid tanpa mengira latar belakang, kemampuan dan bangsa. Oleh itu, dalam meningkatkan kemahiran dwibahasa ini kaedah aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan pencampuran budaya dan bangsa wajar digunakan oleh guru dalam proses pembelajaran.
  • Kaedah ini penting agar murid berlainan bangsa dapat didedahkan dengan pengetahuan budaya dan bahasa kaum lain melalui hubungan secara berkumpulan. Hal ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari dengan lebih mendalam terutama tentang bahasa kerana bahasa merupakan aspek yang sangat berbeza antara satu kaum dengan kaum lain. Aktiviti secara berkumpulan juga dapat melatih murid untuk menerima pendapat dan pandangan orang lain. Oleh itu, proses komunikasi dapat dihasilkan dengan baik dan lancar antara satu sama lain.




KELEBIHAN MENGUASAI KEMAHIRAN DWIBAHASA

Kelebihan menguasai pelbagai bahasa.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PPPM 2013-2025