Tujuan FPK digubal:
- Sebagai asas terhadap hala tuju pendidikan negara.
- Hala tuju yang diasaskan FPK adalah meliputi kemenjadian individu, masyarakat dan negara.
- FPK sebagai garis panduan kepada guru dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan negara melalui perkembangan potensi individu.
- Menghasilkan corak sistem pendidikan yang sistematik dan berperingkat melalui penambahbaikan yang selaras perkembangan pendidikan di Malaysia.
- Meletakkan pendidikan Malaysia setaraf dengan taraf pendidikan antarabangsa dan peringkat global.
〇〇〇〇〇〇〇 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU 〇〇〇〇〇〇〇
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) digubal dengan tujuan merealisasikan matlamat yang terkandung dalam FPK. FPG merupakan panduan yang perlu difahami oleh guru-guru agar mereka lebih bersedia untuk menyiapkan diri dengan memupuk kualiti yang diperlukan untuk melahirkan guru berkualiti tinggi dalam mendidik masyarakat berpendidikan. 5 elemen utama dalam FPG:
1. Perwatakan mulia
Guru merupakan suri teladan kepada murid. Guru mengamalkan nilai-nilai yang memberi keutamaan kepada orang lain seperti bersikap adil terhadap semua murid tanpa mengira latar belakang dan menolong murid secara ikhlas dalam pembelajaran.
2. Berpandangan progresif dan saintifik.
Guru perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan perkembangan masa. Guru perlu mahir menggunakan teknologi pada masa kini dan berusaha mencari kaedah yang sesuai untuk menyampaikan pengajaran secara berkesan kepada murid.
3. Bersedia menjunjung aspirasi negara.
Guru berperanan penting dalam usaha mencapai matlamat negara. Melaksanakan tugas mendidik dengan amanah adalah penting demi kemajuan sesebuah negara.
4. Mengekalkan warisan dan budaya.
Guru perlu menjaga tingkah laku sepanjang masa kerana ia mencerminkan identiti seorang guru. Juga agar murid tidak menjadikan contoh yang tidak baik sebagai ikutan.
5. Menjamin perkembangan individu dan pelihara masyarakat bersatu padu.
Guru perlu memastikan perkembangan murid adalah secara menyeluruh (intelek, jasmani, rohani dan emosi) melalui aktiviti pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Perpaduan antara murid pelbagai kaum juga perlu dipupuk semasa melakukan aktiviti pembelajaran.
KESIMPULAN
Oleh itu, FPK dan FPG mempunyai ikatan yang kukuh antara satu sama lain dalam usaha melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan sekaligus memupuk nilai-nilai murni dalam diri sesorang.
Inisiatif guru melahirkan modal insan yang seimbang berdasarkan hasrat FPK dan FPG
FPK dan FPG merupakan salah satu penyuluh utama yang memberi pedoman dah arah tuju kepada segala usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalam kedua- dua falsafah ini dapat membangunkan modal insan yang berguna. Oleh sebab itu, guru-guru perlu meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam mengenai hasrat utama FPK dan FPG serta mendalami mengenai cita- cita yang terkandung dalamnya. Hal ini demikian kerana, kedua-duannya mampu memberikan implikasi kepada keseluruhan perjalan sistem pendidikan. Jadi sudah terang lagi bersuluh, setiap guru perlulah mengambil inisiatif atau tanggungjawab yang bertujuan untuk melahirkan modal insan yang seimbang berdasarkan hasrat FPK dan FPG. Antara inisiatifnya adalah:
1. Guru harus mengamalkan kemahiran profesional
Seperti yang kita tahu guru merupakan tenaga ikhtisas atau tenaga utama di dalam bidang perguruan yang telah dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh sebab itu, setiap guru perlu menerapkan kemahiran profesional dalam diri masing-masing. Dalam masa yang sama, setiap guru juga perlulah mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi untuk mengurus murid-murid di sekolah kerana jelaslah bahawa guru berperanan untuk menghasil atau melahirkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan pendapat (Dr. Ragbir Kaur, 2007) peranan ini adalah sangat penting bagi membawa pendidikan negara malysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia.
Antara contoh kemahiran yang perlu ditekankan oleh guru-guru adalah kemahiran berfikir dan kemahiran konstruktif. Di mana para pelajar perlulah dididik dengan menggunakan pelbagai daya fikiran yang tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar yang dapat belajar sepanjang hayat mereka dan mempunya contoh modal intelektual tinggi bagi menghadapu ero globalisasi yang serba canggih ini. Kedua- dua pemikiran ini perlulah terarah kepada pandangan yang jauh dan luar biasa atau bagi kata lain pemikiran yang luar daripada kotak.
Jadi jelaslah bahawa, perkembangan dan kemajuan dalam pendidikan di Malaysia telah mendesak guru-guru untuk menguasai pelbagai jenis kemahiran generik seprti kemahiran berfikir, kemahiran mengguna dan mengintegraskan Teknologi maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh hal yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan pelbagai kursus jangka masa pendek dan panjang untuk guru-guru supaya menjadi seorang guru yang profesional sekali gus mampu untuk mengaplikasikan kemahiran-kemahiran ini untuk melahirkan modal insan yang seimbang berdasarkan hasrat FPK dan FPG.
CONTOH-CONTOH ALAT BERFIKIR YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU
2. Guru sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif
Guru digelar sebagai pendorong pemikiran kritis dan kreatif adalah kerana guru dianggap sebagai seorang pengusaha. Oleh hal yang demikian untuk memenuhi ciri pengusaha yang dinamik, guru perlu mempunyai kemahiran dan sentiasa berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif. Tanggungjawab guru mendorong pemikiran kritis dan kreatif adalah salah satu usaha ke arah pembunaan modal insan yang mampu membangunkan negara menerusi pemikiran mereka sendiri.
Seperti yang dirujuk dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 usaha membangunkan modal insan, memberikan tumpuan yang lebih untuk melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan berdaya kreatif serta berkebolehan pasaran yang bertujuan bagi memudahkan mereka untuk mendapat peluang pekerjaan pada masa akan datang. Jelaslah bahawa setiap guru harus memainkan tanggunjawab mereka dalam usaha mendoraong pemikiran murid yang kritis dan kreatif menerusi cara pengajaran mereka. Jika seseorang guru itu sendiri menerapkan nilai kreatif dan kritis dalam proses pengajaran mereka secara tidak langsung dapat mengasah bakat murid-murid mereka sendiri dengan menjana idea-idea baru yang bernas dan kreatif.
Secara keseluruhannya, seorang guru perlu meluaskan pemilihan teknik pengajaran di dalam bilik darjah supaya dapat meluaskan pengalaman dan pengamatan murid di dalam bilik darjah serta persekitarannya. Dengan cara itu, murid mampu untuk meneliti, mengamati dan berfikir secara luar kotak.
3. Guru berperanan menggilap potensi murid-murid
Seperti yang kita tahu, setiap manusia di dunia ini diberikan kelebihan dan keistimewaan yang berbeza-beza. Bagi seorang guru, kita tidak boleh mencari kelemahan seseorang murid itu sahaja, tetapi kita perlulah mencari kelebihan atau keistimewaan seseorang pelajar itu dan berusaha untuk menggilap bakat yang sedia ada pada mereka itu supaya mereka menjadi manusia atau individu yang berguna bukan sahaja pada diri sendiri, malahan untuk masyarakat dan negara. Oleh hal yang demikian, seorang guru perlu bijak dalam usaha mencungkil bakat serta kebolehan murid-muridnya agar tidak disia-siakan begitu sahaja bakat yang mereka peroleh.
Justeru itu, guru diberikan tanggungjawab untuk memupuk potensi murid dengan didikan dan bimbingan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha memastikan kurikulam di sekolah mampu memanfaatkan potensi sedia ada di dalam diri murid-murid dengan memberikan penekanan yang lebih berasaskan nilai-nilai murni. Dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid, mereka mampu menjadi modal insan yang dapat menyumbang kejayaan kepada diri dan negaranya.
CONTOH- CONTOH BIDANG UNTUK MENGGILAP POTENSI MURID
4. Guru bertindak sebagai pembentuk nilai atau "role model"
Nilai merupakan kriteria utama yang paling penting bagi mengukur mutu atau nilai sesuatu perkara. Menurut Ragbir Kaur (2007), guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Antara nilai- nilai yang perlu diterapkan adalah dari segi moral, agama, terminal dan instrumental.
Oleh sebab itu, guru perlulah mempunyai sifat dan kualiti peribadi , profesional dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjadi contoh kepada murid-murid. Nilai-nilai murni perlu ditonjolkan oleh guru di sekolah kerana secara langsungnya akan diterapkan dalam jiwa murid. Bukan itu sahaja, menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada murid-murid. Secara keseluruhannya guru mampu menjadi contoh dan menerapkan nilai-milai dalm proses pengajaran di dalam bilik darjah atau pun di luar bilik darjah.
CONTOH- CONTOH NILAI
5. Guru berperanan sebagai pembimbing
Guru bukan sahaja memainkan peranan untuk meyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid-murid. Walaubagaimana pun untuk melaksanakan tugasnya atau tanggungjawabnya dengan berkesan guru perlu memastikan bahawa muridnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadadapi dalam kehidupan sehariannya. Guru merupakan pembimbing dan kaunselor yang sangat penting dalam memastikan lahirnya murid yang berilmu yang boleh berfikir untuk membawa perubahan dalam kehidupan ke arah yang lebih selesa. Guru-guru boleh menjadi penasihat atau sebagai pengganti ibu bapa ketika murid-murid berada di sekolah. Salah satu contoh aktiviti yang melibatkan bimbingan adalah program mentor dan mentee di mana pelajar-pelajar dapat berkongsi masalah dengan mentor mereka dan mencari jalan penyelesaian secara bersama-sama.
KESIMPULAN
Guru -guru perlulah mengambil atau menggalas tanggungjawab dengan amanah untuk melahirkan modal insan yang seimbang berdasarkan hasrat FPK dan FPG supaya negara kita mampu berdaya saing dengan tahap pendidikan di negara luar mengikut peredaran masa tanpa mengenal erti jemu dan lelah.
Ulasan
Catat Ulasan