TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN



PENGERTIAN

     Kognitif adalah semua aktiviti mental yang mampu menghubungkan, menilai, dan mempertimbangkan suatu peristiwa, sehingga individu tersebut memperoleh suatu pengetahuan.

     Kognitif berkait rapat dengan kecerdasan seseorang. Contoh kognitif boleh dilihat ketika seseorang sedang belajar, menjana idea, dan menyelesaikan masalah.

1.0) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KOGNITIF

1.1) Kematangan Biologi: baka dan genetik.

1.2) Interaksi Individu dengan Persekitaran: berlaku apabila mereka memproses maklumat dari persekitaran.

1.3) Pengalaman Sosial: ia turut dipengaruhi oleh orang di sekeliling.

1.4) Keseimbangan: iaitu bagaimana individu mengadaptasi diri dengan situasi yang dialaminya.


2.0) KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEORI KOGNITIF 

KELEBIHAN
  • Merancang aktiviti PdPc yang menarik dan bermakna
  • Merancang isi pelajaran dengan baik
KEKURANGAN
  • Tidak boleh diadaptasi dalam semua peringkat pendidikan
  • Sukar digunakan dalam pendidikan tinggi

3.0) PROSES PEMBELAJARAN KOGNITIF

3.1) Organisasi: 
  • klasifikasi perilaku atau konsep ke dalam kelompok yang terpisah dalam sistem kognitif yang tertib dengan mengasingkan mengikut kategori.

3.2) Skema: 
  • konsep/kategori yang digunakan individu ketika berinteraksi dengan lingkungan.

3.3) Adaptasi Asimilasi: 
  • Penyerapan pengalaman baru, di mana seseorang menggabungkan stimulus atau persepsi ke dalam skema atau perilaku yang telah ada.

3.4) Adaptasi Akomodasi: 
  • Proses struktur kognitif yang berlangsung sesuai pengalaman baru. Proses ini menghasilkan skema baru dan mengubah skema lama.

3.5) Keseimbangan: 
  • Proses menstabilkan asimilasi dan akomodasi dalam proses struktur kognitif.

4.0) TEORI PERKEMBANGAN PIAGET


4.1) SENSORIMOTOR (0-2 tahun)
  • Kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk berinteraksi dan memahami alam sekitar. Misalnya memegang dan menghisap. Justeru kanak-kanak mempunyai kemahiran untuk meniru bunyi, perbuatan dan gerak geri persekitaran.

4.2) PRA OPERASI (2-7 tahun)
  • Kanak-kanak pada masa ini peka terhadap bunyi dan perkembangan bahasa secara beransur-ansur. Mereka lebih menjurus kepada dunia sendiri dan sering berimaginasi malah cenderung untuk berinteraksi sendiri (interpersonal).

4.3) OPERASI KONKRIT (7-11 tahun)
  • Pemikiran kanak-kanak sudah fleksibel, logik dan lebih tersusun namun masih terhad kepada suatu yang maujud. Mereka mula bijak dalam mengaitkan logik dengan masalah yang berlaku di sekitarnya dan mula menerima pendapat dan memberi perhatian terhadap penjelasan suatu perkara.

4.5) OPERASI FORMAL (11 tahun keatas)
  • Kanak-kanak mampu menggunakan prinsip-prinsip untuk membuat hipotesis secara lebih saintifik dan mula mengambil tahu isu sosial dan identitinya.


4.0) PENGGUNAAN TEORI KOGNITIF DALAM PDPC



KESIMPULAN

Secara kesimpulan, dapat kita simpulkan bahawa teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan Lev Vygotsky (1934-1986) adalah sangat penting untuk dikuasai oleh setiap pendidik dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori-teori perkembangan kognitif telah menekankan agar guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan dan kemampuan pelajar pada masa tertentu agar mereka dapat memahami kandungan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Perkara tersebut adalah penting bagi memastikan perkembangan kognitif murid berada pada tahap yang sepatutnya. Teori perkembangan kognitif tersebut sepatutnya dijadikan panduan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip yang terdapat dalam teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh tokoh-tokoh tersebut. Oleh yang demikian, guru sewajarnya membuat perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teori perkembangan kognitif tersebut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PPPM 2013-2025

ASPIRASI MURID